Thursday, 7 June 2012

2 | Jamil Bin Ma'mar


NAMA DAN KETURUNANNYA

Nama sebenar beliau ialah Jamil bin Abdullah bin Ma’mar bin Al-Harith bin Zibyan bin Hunn bin Haram bin Dubba bin Abdul bin Kathir bin Uzra bin Saad bin Hudaim bin Zaid bin Laith bin Sud bin Aslam bin Alhaf bin Kudaa . Beliau digelar dengan Abi ‘Amru dari kabilah ‘Uzrah iaitu Qudho’ah. Jamil juga menasabkan dirinya dengan nama Ma’ad. Kabilah ‘Uzrah terkenal dengan kemuliaan dan kasih sayang. Terdapat berbagai pendapat tentang nama bapanya. Ada yang mengatakan nama bapanya Ma’mar. Pendapat lain pula mengatakan Subah. Manakala ibunya berasal daripada kabilah Juzam yang terletak di utara iaitu di antara jalan Mesir dan Syam  dan telah meninggal dunia ketika beliau meningkat dewasa. Saudara maranya tidak diketahui kecuali Jawwas bin Quthbah sahaja. 

*BIODATA JAMIL DARI KITAB (( ألأغاني)) OLEH ABU AL-FARJ AL-ASFAHANI

Beliau ialah Jamil bin Abdullah bin Makmar bin al-Harith bin Zibyan. Ada yang mengatakan Ibnu Makmar bin Hunn Ibnu Zibyan bin Qais Jazuk bin Rabi’ah bin Haraam bin Dhinnah bin ‘Abd bin Kathir bin ‘Uzrah bin Saad iaitu Huzaim. Beliau dinamakan sebegitu kerana namanya disandarkan kepada bapanya ‘Abd. Dikatakan Huzaim kerana beliau telah dijaga olehnya. Maka percampuran nasab berlaku iaitu Jamil Ibn Zaid bin Suud bin Aslam bin al-Haf bin Qudho’ah. Salasilah keturunan adalah berbeza dalam puak Qudho’ah. Sesetengah daripada mereka menyangka bahawa Qudho’ah bin Ma’ad merupakan saudara kepada Nizar bin Ma’ad dari ibu dan bapa yang sama iaitu Muanah binti Jausam bin Julhumah bin ‘Amir bin Auf bin ‘Addi bin Dubb bin Jurhum. Ada juga yang menyangka bahawa mereka dari puak Hamir. Jamil menyebut dalam syairnya yang menasabkan dirinya dengan Ma’ad..

أنا جميل في السنام من معد  #  في الأسرة الحصاد والعيص الأشد

Akulah Jamil dari belakang unta dari kabilah Ma’ad, dari keluarga yang menuai yang teguh dan kuat.

Kata Rajiz dari puak Qudho’ah yang menasabkan mereka kepada Hamir:

قضاعة الأثرون خير معشر  #  قضاعة بن مالك بن حمير 

Qudo’ah ialah tanda sebaik-baik puak iaitu Qudho’ah bin Malik bin Hamir.

*BIODATA JAMIL DARI KITAB((تزيين الأسواق بتفصيل أشواق العشاق))OLEH DAUD AL-ANTHOKI

Jamil Ibn Abdullah bin ‘Amir, nasabnya bersambung dengan puak Qudho’ah seperti yang dikatakan oleh Mughlatho dari Abi al-Farj al-Asfahani. Beliau merupakan seorang penyair yang fasih dan petah bercakap, ikhlas dalam percintaan, pemaaf dan suci dari perbuatan yang hina sepertimana keturunannya. 

*BIODATA JAMIL DARI KITAB((وفيات الأعيان))OLEH IBNU KHALLIKAN
Abu Umar Jamil bin ‘Abdullah bin Ma’mar bin Subah Ibnu Zibyan bin Hunn Ibnu Rabi’ah bin Haraam bin Dhubbah Ibnu ‘Abd bin Kabir bin ‘Uzrah bin Saad bin Huzaim bin Zaid bin Laith bin Suud bin Aslam bin al-Haaf bin Qudho’ah. Jamil mencintai Buthainah yang digilai ramai pemuda arab. Beliau menyukainya ketika dia masih kecil dan bertunang dengannya setelah beliau dewasa, mencipta syair untuknya. Beliau datang secara sembunyi kepada Buthainah. Kedua-dua pasangan ini tinggal di Wadi al-Qura. Himpunan syair-syairnya sangat masyhur yang hanya menyebut tentang Buthainah. Al-Hafiz Ibnu ‘Askar menyebut dalam ((تاريخ دمشق)):Dikatakan kepadanya, “Jika kau membaca al-Quran adalah lebih bermanfaat ke atas engkau daripada membaca syair”. Maka dia berkata: “Anas bin Malik telah mengkhabarkan kepadaku bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya terdapat syair yang memberi manfaat”. 

KEHIDUPAN JAMIL

Jamil tinggal di bawah naungan kabilahnya. Tidak ada sumber yang tepat bila penyair ini dilahirkan. Namun, ada pendapat mengatakan beliau lahir pada akhir pemerintahan Uthman bin Affan.  Sebahagian lagi mengatakan beliau lahir pada tahun 40 Hijrah (660 Masihi) di Wadi Al-Qura iaitu salah satu tempat di Hijaz yang berdekatan dengan bandar.  Beliau juga tinggal bersama keluarganya di sana. Keluarga Jamil merupakan keluarga yang hebat dari segi pangkat dan kedudukan. Jamil mempunyai rupa paras yang tampan dan juga tinggi lampai. Walaupun kehidupan mereka adalah kehidupan badwi, namun mereka tetap menjaga nilai-nilai kemurnian adat dan kemuliaan. Sejak kecil lagi beliau cenderung dan amat berminat dengan syair. Menurut salah satu sumber, beliau merupakan penglipurlara bagi Hudbah bin Khashram serta bersahabat baik dengan raja-raja dan para pemimpin. 

KISAH PERCINTAAN JAMIL DAN BUTHAINAH

Pada awal kehidupannya, Jamil mencintai sepupunya, Ummul Hussain. Sesetengah pendapat mengatakan nama sepupunya ialah Ummul Jasir. Malangnya, cinta mereka tidak kekal lama kerana dia mula hilang pertimbangan apabila terpandangkan Buthainah iaitu adik perempuan Ummul Hussain. Nama sebenar Buthainah ialah Buthainah binti Habain bin Hunn bin Rabi’ah. Pendapat lain mengatakan kedua-dua mereka masih lagi kanak-kanak kecil ketika hati Jamil mula terpaut dan mencintai Buthainah. Ia bermula ketika mereka berdua menjaga unta-unta di lembah. 

Sejak itu, mereka mencintai satu sama lain. Setiap hari Jamil pergi berjumpa dengan Buthainah dengan menaiki untanya.  Mereka bercinta sepertimana pasangan lain bercinta. Demi cintanya yang terlalu dalam terhadap Buthainah, Jamil sentiasa mencipta bait-bait syair yang amat indah sebagai simbol dan lambang keagungan cinta mereka. Namun, mengikut adab orang-orang Arab, jika seseorang anak gadis itu didapati bercinta dan memadu kasih dengan seorang pemuda, ia dianggap mengaibkan kaum keluarga sekaligus mencemarkan maruah sesebuah kabilah. 

Jamil telah menasabkan  Buthainah pada namanya iaitu Jamil Buthainah. Kisah mereka tersebar luas di kalangan kabilahnya dan kabilah-kabilah lain sehinggalah berita hangat ini diketahui oleh ayah Buthainah, Haba’ bin bin Hannu yang juga merupakan bapa saudara Jamil. Demi menjaga maruah keluarga dan kabilah, ayahnya menetapkan perkahwinan Buthainah dengan seorang pemuda yang juga daripada bani Uzrah iaitu

Nubaih bin al-Aswad. Pucuk dicita, ulam mendatang kerana Nubaih telah lama menaruh hati terhadap Buthainah. 

Namun, berita tentang perkahwinan Buthainah ini tidak dapat menahan Jamil dari menemui kekasih hatinya lagi. Kerinduan juga membara dalam diri Buthainah untuk menemui jejakanya. Masing-masing tidak dapat menahan kerinduan antara satu sama lain. Malang tidak berbau, sehinggalah pada suatu hari, bani al-Ahib suku kaum Buthainah mengetahui hal ini.Mereka turut merasa risau dan bimbang dengan keadaan ini. Demi menyelesaikan masalah ini, mereka mula terfikir sama ada ingin memerangi kaum Jamil ataupun menghadapkan perkara ini kepada raja. Kaum Jamil adalah kaum yang hebat dan kuat. Lalu, mereka mengambil keputusan untuk menghadapkan perkara ini kepada raja iaitu Marwan bin Hisyam al-Hadhrami.

Mengikut Abu al-Farj al-Asfahani mengatakan bahawa Jamil telah lari ke Yaman dan tinggal di sana tetapi Marwan terus memburunya, lalu dia pulang ke negerinya semula  dan menetap di sana untuk beberapa waktu yang lama. Ketika Jamil ingin ke Syam, dia pergi bertemu dengan Buthainah untuk mengucapkan selamat tinggal sambil berkata, “Wahai Buthainah, aku akan menuju ke Syam. Sesungguhnya kita tidak akan bertemu lagi selepas ini” ,sehingga menangis teresak-esak meratapi perpisahan mereka berdua. Al-Haitham bin ‘Adi yang diriwayatkan oleh Sohib al-Aghani menyebut:((Sesungguhnya Jamil menetap agak lama di Syam. Kemudian, dia mengirim dan menghantar berita tentangnya kepada Buthainah melalui beberapa orang perempuan. Dia membuat pelbagai helah demi meemui kekasih hatinya)). 

Walaubagaimanapun, Jamil akhirnya menyedari  bahawa cintanya yang terlalu dalam terhadap Buthainah menyiksa diri dan jiwanya, Buthainah dan memalukan kabilah mereka. Disebabkan takut dibunuh oleh raja, Jamil membuat keputusan untuk berhijrah ke Mesir membawa hatinya yang pedih dan terluka. Biarpun berjauhan, kerinduannya terhadap Buthainah tidak pernah terpadam dari lubuk hatinya. Syairnya hanyalah berkisar tentang kekasih. Jika dilihat, seluruh qasidahnya pasti tertera nama Buthainah. Di dalam himpunan syair-syairnya, Jamil tidak pernah memuji pemerintah-pemerintah sepanjang hidupnya. Kalaupun ada, hanya sedikit sahaja. Namun, dia tetap bangga dengan dirinya ketika diminta oleh seorang pemerintah untuk memperdengar syairnya.  

ZAMAN KEHIDUPAN JAMIL

Jamil hidup pada awal kurun hijrah iaitu zaman yang berlaku banyak pergolakan politik. Pentadbiran negara-negara Islam berubah dari semasa ke semasa. Maka timbullah pentadbiran dari segi pewarisan takhta dari Hijaz hinggalah ke negeri Syam, dari kehidupan beragama dan bersederhana kepada kehidupan moden yang mengalami percampuran antara tamadun Parsi dan tamadun Rom.

Jamil hidup di Hijaz iaitu pada zaman permulaan kehidupan penduduk-penduduk Hijaz sebelum timbulnya dakwah Islamiyah. Perdagangan dan acara tahunan merupakan tunggak utama terhadap kehidupan yang membangun di Hijaz dan berterusan sehingga ekonomi berkembang pesat di negara itu. Orang-orang kebanyakan dan ketua-ketua kafilah melakukan perjalanan pada musim sejuk dan musim panas demi mengumpul harta. Justeru mereka hidup dalam kemewahan dan kelalaian.

Namun, setelah timbulnya dakwah Islamiyah, semua perbuatan itu dilupakan oleh manusia dengan berlakunya peperangan di antara orang-orang Islam dan orang-orang Musyrikin. Agama Islam tertegak pada zaman nabi Muhammad S.A.W dan Khulafa’ al-Rasyidin. Orang-orang yang lalai dan hidup dalam kemewahan terus kuat. Sesetengah
daripada mereka menerima hidayah. Mereka yang tidak mendapat hidayah terus menerus hidup dalam kesesatan. Ramai di antara mereka mengubah corak kehidupan iaitu dari kehidupan  yang mewah kepada kehidupan beragama yang baru dan benar. Politik dan peperangan berterusan di ibu negeri-ibu negeri negara Islam iaitu ibu negeri-ibu negeri Hijaz pada masa sekarang.

Kemudian, tidak lama selepas itu para Khulafa’ al-Rasyidin mengambil alih dan menerajui pemerintahan negara-negara tersebut dengan membimbing penduduk-penduduk dari kehidupan yang penuh kesesatan ke jalan yang benar dan lurus serta mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran demi memenuhi tuntutan agama sekaligus menaikkan lagi martabat dan keagungan agama Islam.

Tidak lama selepas itu, tampuk pemerintahan berpindah dari Hijaz ke Syam. Para pemerintah di Syam tidak berusaha untuk memakmurkan negara baru demi mencapai keamanan. Bagi mereka, keamanan yang ada digunakan untuk berseronok dan bermewah-mewah. Lalu, kehidupan tamadun Hijaziyah berterusan untuk waktu yang lama serta asyik dalam cinta dan penipuan.

Pada waktu itu satu penyakit telah menular di kalangan penduduk seperti udara yang dihirup oleh hidupan sama ada mereka mahu atau tidak di mana sesiapa pun tidak akan selamat untuk hidup. Kehidupan yang selamat adalah bergantung kepada udara yang bersih. Di antara pemuda yang berani hidup dalam suasana sebegitu adalah Mus’ab bin al-Zubair yang berketurunan berani, cerdik dan mulia. Beliaulah yan sibuk berusaha untuk mencari penyelesaian dan cuba melepaskan penduduk daripada penyakit tersebut dari terus menular.         

Di samping itu juga, beliau bersama bapa saudaranya berganding bahu mencuba untuk menggulingkan pemerintahan Bani Umaiyyah, lalu meninggalkan Basrah, Kuffah dan Iraq. Sebagai akibatnya, Mus’ab menguasai pentadbiran dan kekal di bawah pemerintahannya dan ahli keluarganya untuk waktu yang lama. Kemudian, Abdul Malik bin Marwan bangkit dengan semangat juang berani mati demi menegakkan kembali empayar pemerintahan Bani Umaiyyah.

Lalu, Abdul Malik bin Marwan menghantar sebilangan besar bala tenteranya untuk memerangi bala tentera Mus’ab sekaligus menghancurkan da memusnahkan tampuk pemerintahan Mus’ab. Beberapa lama selepas itu, saudara Abdul Malik, Muhammad bin Marwan mengambil alih pimpinan beliau. Muhammad cuba membuat perdamaian dengan Mus’ab dan wilayah Iraq selama mana dia hidup dengan menghantar ribuan dirham kepada Mus’ab dan wilayah Iraq. Tetapi malangnya, Mus’ab menolak perdamaian tersebut kecuali mereka bertempur sehingga mati. Terdapat sesetengah daripada mereka tamak dengan hadiah dari Muhammad dan sebahagian lagi terus berbunuhan dan bertempur sehingga ke hujung nyawa.

Ada pendapat mengatakan suatu hari Abdul Malik bin Marwan duduk bersama sahabat-sahabatnya sambil bertanya kepada mereka: “Siapakah manusia yang paling berani?”. Mereka semua takut untuk memberi jawapan. Beliau berkata manusia yang paling berani ialah Mus’ab bin al-Zubair yang sanggup menolak keamanan dan harta serta wilayah Iraq. Di sampingnya Aisyah binti Talhah, wanita yang paling cantik tetapi beliau juga menolaknya dan sanggup mati dari menyerah diri. 

KEMATIANNYA

Pada akhir kehidupannya, Jamil mengembara ke negeri Mesir dan bejumpa dengan Abdul Aziz bin Marwan sambil memujinya. Jamil begitu menghormatinya di atas segala bantuan dan pertolongan yang diberi olehnya. Abdul Aziz bertanyakan Jamil tentang cintanya terhadap Buthainah. Beliau menyukai Jamil dan berjanji akan menolong Jamil untuk menyatukan mereka berdua. Malang tidak berbau, persahabatan mereka tidak kekal lama sehinggalah Jamil meninggal dunia pada tahun 82 Hijrah bersamaan dengan 701 Masihi. Sesetengah pendapat mengatakan dia meningal dunia di Syam. Sesetengah lagi mengatakan setelah Jamil meninggal dunia di Mesir, seorang pemuda telah mengkhabarkan berita kematiannya kepada Buthainah. Mendengarkan perkhabaran tersebut, Buthainah begitu meratapi pemergian kekasihnya sehingga menyebabkan matanya buta. Beliau adalah seorang yang sangat ikhlas dalam perasaannya. Beliau juga telah membuka mata manusia apa itu erti kasih sayang. Selain itu, beliau telah berjaya dalam memperkenalkan al-Ghazal al-Uzri tetapi kitab-kitabnya tidak dibukukan secara besar-besaran dan banyak sumber yang tidak tepat disebarkan mengenainya.  

KEDUDUKAN SYAIRNYA

Syair Jamil telah diterbitkan di sekolah-sekolah syair dan menjadi ikutan serta menjadi rujukan kebanyakan penyair-penyair pada zaman Jahiliyyah sehingga ada sebahagian pengkritik mengatakan Jamil adalah simbol bagi penyair-penyair Jahiliyyah. Walaubagaimanapun, ketika Jamil belajar di sekolah Zuhair, banyak ciri-ciri syairnya bertukar sehingga sekolah itu digelar مدرسة عبيد الشعر.

Selain itu,syair Jamil telah bercampur dengan kebanyakan penyair-penyair lain seperti Kuthair ‘Izzah, Umar bin Abi Rabi’ah, Urwah bin Uzainah dan sebagainya. Hubungan di antara Kuthair dan Jamil serta mempengaruhinya dan mencontohinya sehingga dia mencuri sebahagian daripada bait-bait syair Jamil. Ketika kedua-dua penyair iaitu Umar bin Abi Rabi’ah dan Jamil bertemu, mereka sentiasa memuji-muji wanita. Jamil juga turut kagum dengan bait-bait syair Umar. Disebabkan inilah, bait-bait dan buah fikiran mereka berdua hampir sama antara satu sama lain. 

Ramai orang yang masyhur dalam ilmu syair pada zamannya amat menyanjunginya lebih daripada penyair-penyair lain. 

Ibnu Azhar menyebut tentangnya:
“Dia merupakan lambang orang-orang Islam”
Ibnu Hassan menambah lagi:
“Dia juga merupakan lambang kepada orang-orang pada zaman Jahiliyyah”

Abu al-Farj al-Asfahani berkata:
“Jamil adalah seorang penyair fasih yang terdahulu untuk syair-syair cerita”

Jamil amat menghormati Umar bin Abi Rabi’ah ketika mereka berdua bertemu dan saling menyampaikan syair. Jamil berkata:

“Jauhlah wahai Abu al-Khattab!Demi Allah, aku tidak berkata seperti panjangnya malam!Tidak akan berbicara seorang perempuan apabila mendengar percakapanmu seorang”. 

Oleh itu, mereka berdua sependapat mengatakan ilmu syair amat penting pada zaman mereka dan berpendapat bahawa cinta dan kasih sayang mampu menjadi satu kesenian dalam syair. 

APA ITU AL-GHAZAL AL-UZRI?

Sebenarnya, al-Ghazal al-Uzri merupakan kesenian yang berkisar tentang cinta dan kasih sayang. Syair ini banyak mempengaruhi kehidupan manusia dlam bermasyarakat. Oleh itu, tidak hairanlah syair ini lahir pada zaman Umawi. Kehidupan umat pada zaman Umawi adalah berkonsepkan kasih sayang, agama dan kemasyarakatan. Kajian mendapati al-Ghazal merupakan faktor utama zaman Umawi mencapai kemajuan. Syair Jamil adalah berkonsepkan cinta dan kasih sayangnya terhadap kekasih hatinya Buthainah.

Pada zaman dahulu, orang-orang arab badwi hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Walaupun mereka tidak hidup dalam kemewahan, namun akhlak yang mulia sudah cukup untuk menunjukkan kekuatan dan ikatan kasih sayang sesama mereka. Demi menjaga nama kabilah mereka yang terkenal dengan ikatan kasih sayang yang kuat, mereka selalu mencipta syair yang mengandungi pujian dan rasa cinta terhadap wanita. Disebabkan inilah kaum Jamil digelar al-Hubb al-Uzri dan timbulnya al-Syi’r al-Ghazal.

 Jika dikaji, terdapat tiga makna al-Ghazal iaitu:

1)Seorang lelaki yang sedang bercinta dan selalu bermadah.
2)Seorang wanita yang mendengar kata-kata dan luahan manis dari lelaki lalu 
  jatuh cinta dengannya.
3)Orang yang banyak bercakap yang menyebabkan lelaki dan wanita bercinta dan 
           memadu kasih.  

CIRI-CIRI AL-HUBB AL-UZRI 

Mengikut prinsip Islam tentang perasaan adalah berdasarkan kepada dua kefahaman iaitu kefahaman kasih sayang dan kefahaman tentang belas kasihan. Belas kasihan sangat perlu di kalangan masyarakat. Ini menyebabkan belas kasihan merupakan sifat terawal untuk al-Hubb al-Uzri dan paling masyhur di kalangan masyarakat arab.

Jiwa manusia selalu cenderung ke arah cinta dan kasih sayang. Sesetengah perasaan sayang itu tidak akan kekal lama di dalam dasar hati. Namun, ada juga perasaan cinta dan sayang yang sentiasa mekar dan berpanjangan di dasar hati insane serta membuat hati seseorang tidak akan tenang sehingga membuahkan bibit-bibit kerinduan terhadap orang yang disayangi dan dikasihinya. 

Ciri-ciri yang terdapat pada al-Hubb al-Uzri digambarkan seperti sebuah padang pasir yang tandus dan halus. Setiap orang tidak mempunyai perasaan sayang itu merupakan pergolakan kemanusiaan  yang mengawal akal seseorang. Selain itu, ada yang berpendapat pergolakan ini tidak dapat mengawal akal bahkan menyebabkan akal dan hati dimakan oleh hawa nafsu dan menyemarakkan lagi perasaan kasih dan sayang.

Al-Hubb al-Uzri hidup dalam fikiran manusia demi mengikat hati ke arah kasih yang hangat menyala dalam jiwa seseorang. Oleh sebab itu orang-orang Uzri yang cenderung dan tertawan dengan kecantikan boleh menyebabkan mereka lalai serta membangkitkan syahwat. Tetapi, walaubagaimanapun mereka masih lagi suci dari nafsu syahwat, bahkan ia bertukar kepada perasaan belas kasihan.

Perkara utama yang istimewa tentang syair al-Hubb al-Uzri ialah melahirkan rasa kasih dan sayang terhadap seorang individu sahaja iaitu keasyikan terhadap seorang wanita. Mereka yang mengamalkan syair ini ialah Jamil Buthainah, Kuthair ‘Izzah, Laila Majnun serta Qais dan Labna. Mereka mencintai wanita kerana sikapnya bukan kerana kecantikannya. 

CIRI-CIRI KHUSUS YANG TERDAPAT PADA USLUB JAMIL BUTHAINAH

Jamil memberi teladan melalui syairnya dengan buah fikirannya yang bersifat kekampungan tetapi mempunyai daya tarikan dan keindahan bahasanya yang tersendiri. Susunan-susunan ayat dan lafaz-lafaznya mengandungi kehalusan dan kekuatan yang tersendiri. Ia mengandungi percampuran keindahan kata-kata kekasih terhadap orang yang dikasihinya. Gaya bahasa yang digunakan oleh Jamil ialah bebas, kata-katanya seolah-olah hidup serta banyak kepelbagaian. Sebagai contoh:

1) kata nafi ((ما لي عن بثينة من صبر))-“Tidaklah aku sabar terhadap Buthainah”
2) kata-kata pengharapan ((ولو سألت مني حياتي))-“Jika kau tanya padaku tentang hidupku”
3) soalan yang mengejut ((أيبكي حمام الأيك ))- “Adakah pokok tua yang berdaun lebat menangis?!”

Begitulah syair Jamil yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa kita mengenai kisah cintanya dengan Buthainah.Gaya bahasanya mudah dan jelas untuk difahami , tidak membebankan untuk difikirkan serta tidak ada keraguan bagi pembaca-pembaca. Ini kerana beliau tidak menggunakan bahasa lain kecuali bahasa arab.  Selain itu, penyair-penyair lain tidak perlu begitu bersusah-payah untuk mengumpul dan menyusun syair-syair Jamil kerana keringkasan bahasanya. Di samping itu, syair beliau juga mengandungi kemegahan dan celaan. 

KEISTIMEWAAN YANG JELAS PADA SYAIRNYA

لقد أرسلنا الواشون أن صرمت حبلي  #  بثينة أو أبدت لنا جانب البخل

Sesungguhnya penipu-penipu itu gembira setelah memotong tali ku, Buthainah marah kerana mendekati kebakhilan.

يقولون ((مهلا يا جميل))وإنني  #  لأقسم ما لي عن بثينة من مهل

Mereka berkata: “perlahanlah wahai Jamil” dan sesungguhnya aku bersumpah tidaklah bagiku Buthainah jika aku perlahan.

أحلما!فقبل اليوم كان أوانه  # أم أخشى؟فقبل اليوم أوعدت بالقتل 

Adakah aku bermimpi kau telah menemui hari ini atau adakah kau takut?Sama ada kau temui hari ini atau aku diugut dengan pembunuhan.

Jika kita perhati betul-betul, bait-bait di atas menyatakan cahaya cinta Jamil dan kisah cintanya bersama Buthainah. Penyair menggambarkan setiap detik kasih dan cintanya subur dalam hati Jamil. Hatinya tidak mengenal erti letih dan penat dari mencintai Buthainah. Jamil menafsirkan bahawa jiwa manusia akan lemah jika mengingati kekasihnya. Ini adalah lumrah pada setiap diri manusia. Jamil mula hilang sabar apabila ada orang lain yang cuba memisahkan hubungannya dengan Buthainah. 

KESAN AM PADA GHAZAL JAMIL

1)Makna

Makna yang ingin disampaikannya tidak menyusahkan pembaca kerana idea yang digunakannya amat jelas berdasarkan pemikirannya serta gambaran perasaan yang membara dalam dadanya. Semuanya menggambarkan betapa hatinya murah dan penuh dengan kasih sayang.

2)Kebenaran

Selain dari makna yang jelas, terdapat satu lagi keistimewaan pada syairnya iaitu suara kebenaran yang tertera pada setiap bait-bait syairnya. Setiap apa yang disampaikan olehnya mengandungi dua jenis kebenaran iaitu kebenaran dalam kesenian dan kebenaran dalam dirinya.

*kebenaran dalam diri
-Beliau tidak langsung menyembunyikan akan perasaannya seperti air yang 
              diambil dari sumber asalnya iaitu mata air yang tidak tercemar sedikit pun.

*kebenaran dalam kesenian
-Dalam hal ini, penyair mencipta syairnya dengan mnggunakan bahasa yang asli 
 iaitu bahasa arab dan ia tetap mempunyai daya tarikan yang tersendiri

3)Satu tujuan dan satu sasaran

Semua qasidahnya tidak ditujukan kepada benda lain kecuali untuk kekasih hatinya Buthainah. Hanya Buthainah penawar lukanya. Di dalam hatinya hanya tersimpan lakaran wajah Buthainah. Tidak sedetik pun wajahnya hilang dan ghaib dari hati Jamil.

4)Gaya bahasa spontan

Semua qasidahnya tidak diciplak dari penyair-penyair lain. Kesemuanya dilahirkan secara spontan. Gaya bahasa sebegini juga merupakan sebahagian daripada asas sesuatu perasaan itu dilahirkan terhadap seseorang.

5)Kemaafan

Kemaafan dalam diri kita lahir dari kemurnian bahasa dan keikhlasan kata. Di sinilah keistimewaan Jamil yang mempunyai sifat pemaaf walaupun puak-puak dari kabilah Buthainah cuba menghalangnya dari mendekati Buthainah sehingga mengugut untuk membunuhnya. Cinta yang suci haruslah sentiasa diiringi dengan kemaafan.

6)Putus asa

Kita telah ketahui bahawa sifat kaum al-Hubb al-Uzri ialah mereka lebih suka hidup dalam keadaan berputus asa dari bercita-cita tinggi. Ini adalah bertentangan dengan cirri-ciri sebenar gaya bahasa dalam syair al-Uzri. Para penyair telah mencari jalan untuk melindungi lafaz-lafaz dan makna-makna dalam syair mereka.

7)Kesucian dan keindahan

Gaya bahasa yang digunakan oleh Jamil adalah suci dari segala keraguan dan kesamaran kerana ia menggambarkan kesucian hatinya. 

CONTOH-CONTOH SYAIRNYA:

1)Jatuh cinta terhadap Buthainah:

وأول ما قاد المحبة بيننا  #  بواد بغيض يا بثين سباب 

Ketika pertama kali cinta berputik antara kita, di Wadi Bughaidh kita saling mencaci.

وقلنا لها قولا فجاءت بمثله  #  لكل كلام يا بثين جواب

Dan kita saling mencaci dengan pelbagai kata-kata, namun setiap kata-kata ada jawapannya.

2)Syair setelah Buthainah berkahwin dengan Nubaih bin al-Aswad:

لقد أنكحو جهلا نبيها ظعينة  #  لطيفة طي الكشح ذات شوى خدل

Nubaih yang jahil telah mengahwini isteri, secara lembut menyembunyikan bahagian badan yang dimasak yang penuh lagi sempurna.

ألا ناد عيرا من بثينة ترتعى  # نودع على شحط النوى ونودع

Jika tidak keaiban Buthainah dijaga, kami mengucapkan selamat tinggal di kayu para 
pada pokok yang menjalar.

وحثوا على جمع الركاب وقربوا  #  جمالا ونوقا جلة لم تضعضع

Mereka menggalakkan agar mengumpulkan tunggangan dan mendekati unta jantan dan betina yang pada hakikatnya tidak ada.

3)Pemergiannya ke Syam:

ألا لا أبالي جفوة الناس ما بدا  #  لنا منك رأى يا بثين جميل

Adakah aku tidak peduli dengan kebengisan manusia, apa yang timbul untuk diri kita kulihat darimu wahai Buthainah.

وما لم تطيعي كاشحا أو تبد لي  #   بنا بدلا أو كان منك ذهول

Apakah kau tidak memberitahuku rahsia yang memisahkan antara kita atau sebaliknya kau menghilangkan sesuatu.

وإني وتكراري الزيارة نحوكم  #  بثين بعد هجر بثين يطول

Dan sesungguhnya berulangkali aku menziarahimu Buthainah selepas lama kau meninggalkanku.


وإن صبابتي بكم لكثيرة  #  بثين ونسيانيكم لقليل

Sesungguhnya cintaku terhadapmu terlalu banyak Buthainah dan kelupaan terhadapmu hanyalah sedikit.


4)Pengalamannya bersama Ummu Manzhur:

ما أنسى لا أنس منها نظرة سلفت  #  بالحجر يوم جلتها أم منظور

Apa yang aku lupa tidak akan aku lupakan daripada pandangannya yang telah berlalu, dengan pelukan pada hari Ummu Manzhur keluar.

 ولا انسلابها خرسا جبائرها  #  إلي من ساقط الأوراق مستور

Dan tidaklah rampasan darinya kebisuan yang dipaksa, terhadap aku jatuhnya kertas-kertas yang menutupi.

5)Syair untuk Buthainah:

لو تعلمين
KALAU ENGKAU KETAHUI

لو تعلمين بما أجن من الهوى  #  لعذرت أو لظلمت إن لم تعذري

Kalau kau ketahui bagaimana aku gila dek cinta,
Nescaya kau ampunkanku atau kau menganiayaiku kalau tiada kau ampuni.

لا تحسبي أني هجرتك طائعا  #  حدث لعمرك رائع أن تهجري

Janganlah kau sangka yang aku meninggalkanmu kerana mengikut kata orang,
Ia adalah kisah yang amat menarik(bagi mereka)bila engkau ditinggalkanku.

ما أنت والوعد الذي تعدينني #  إلا كبرق سحابة لا تمطر 
Tiadalah engkau dan janji yang engkau berjanji denganku
Selain seumpama kilauan petir di awan hitam yang tidak membawa hujan.


صادت فؤادي
JIWAKU DAHAGA

حلت بثينة من قلبي بمنزلة  #  بين الجوانح لم ينزل بها أحد

Buthainah berada di dalam hatiku, walaupun sesuatu tempat itu condong ke tanah, tidak ada sesiapa pun yang dapat memasukinya.

صادت فؤادي بعينيها ومبتسم  #  كأنه حين أبدته لنا برد

Sesungguhnya jiwaku dahaga dengan renungan dan senyumannya yang dingin seperti 
titisan embun.

عذب كأن ذكي المسك خالطه # والزنجبيل وماء المزن والشهد

Bibirnya harum seperti campuran bau wangian kasturi, terung, air dan madu yang manis dan suci.

وجيد أدماء تحنوه إلى رشإ # أغن لم يتبعها مثله ولد

Tengkuknya seperti tengkuk kijang yang membongkok ke arah satu-satu anaknya serta mempunyai nyanyian yang mengasyikkan.

جراجة رخصة الأطراف ناعمة # تكاد من بدنها في البيت تنخضدر

Badannya bergerak dengan lembut ketika dia berjalan, sunyi badannya dari bunyi pecah ketika dia membuat kerja di rumah kerana tangannya yang lembut dan halus

خدل مخلخلها وعث مؤزرها # هيفاء لم يغذها بؤس ولا وبد

Walau badannya kurus, namun dia tetap kuat jika dia ingin hidup dalam kesenangan tanpa mengenal erti kesengsaraan dan kesempitan hidup.

هيفاء مقبلة عجزاء مدبرة # تمت فليس يرى في خلقها أود

Perutnya kempis dan pinggangnya ramping sehingga bertemu kedua-duanya bertemu, namun begitu tidak sedikit pun cacat kecantikannya. 


سنة الهوى
PERJALANAN KEINGINAN

ألا هل لعهد من بثينة قد خلا # وأورث شجوا لا يريمك من رد

Adakah kau melanggar janji cinta kita dan membuat aku sedih berpisah denganmu?

وهل أنا معذور فأبكي من التي # أراها، على الهجران، ينمي لها ودي

Adakah aku akan lemah dan menangis akan perpisahan? Ketahuilah bahkan kasihku terhadapnya semakin menyala.

ولو حاولت هجرانها النفس لم يعد # إلى سلوة بل زاد وجدا على وجد

Jika kau cuba untuk berpisah denganku, ketahuilah bahawa aku tidak akan melupakanmu sebaliknya cintaku makin teguh untukmu.

فما لام فيها لائم لو علمتها # من الناس إلا زاد في حبها عندي

Sesiapa yang mencela pada cintanya, akan berjauhan dia dari manusia, tetapi cintaku padanya sentiasa mekar.

فلا تكثروا لومي، فما أنا بالذي # سننت الهوى في الناس أو ذقته وحدي 

Wahai sahabatku, ringankanlah bebanku dari keinginan ini, tidak ada orang lain yang dapat merasai betapa seksanya cintaku ini.



المصادر والمراجع(RUJUKAN)

   عباس محمود العقاد، ١٩٩١، جميل بثينة، ط ٦، دار المعارف، القاهرة

اشرف احمد عدرة، ١٩٩٧، ديوان جميل بثينة، ط ۱، عالم الكتب، بيروت-لبنان                                                           
مهدي محمد ناصر الدين، ١٩٨٧، ديوان جميل بثينة، ط ١، دار الكتب العلمية، بيروت- لبنان

دكتور حسين نصار، ١٩٦٧، ديوان جميل شعر الحب العذري، ط ٢، دار مصير للطباعة، القاهرة

محمود بن محيي الدين الجنان ، ١٩٩٣، جميل بثينة الشاعر العذري، ط ١، دار الكتب العلمية، بيروت- لبنان

ديوان جميل بثينة، دار صادر، بيروت- لبنان

Dr.Abu Abdullah Hanafi bin Hj.Dollah, 2006, Kamus Kontekstual Lengkap Al-Khalil(bahasa arab-bahasa melayu), cetakan pertama, PROSPECTA PRINTERS SDN BHD, Kuala Lumpur.


www.iiu.edu.my/arabic/rusli/Lau talamin-fairuz.htm


http//www.al-shia.com/html/ara/books/aadab08.html

Hasil terjemahan saya pada 30/9/2006 setelah berhempas pulas membuat kajian dan menelaah untuk menyiapkan bahas ini untuk maddah History & Arabic Literature. Alhamdulillah. 

1 | The Leadership Of Umar Al-Khattab

THE LEADERSHIP OF UMAR AL-KHATTAB

As we know, Umar Al-Khattab is the second caliph after Abu Bakr and the second successor in spreading Islam to the whole world and is still part of the Islamic world today. Moreover, he was also our Prophet Muhammad’s (blessings and peace of Allah be with him) father-in-law.

But why I choose to write about his leadership? Actually, the first reason that make me interested to write about him because he is completely success in leading Muslim community. Second because he was originally opposed to Islam, but had a conversion experience which caused him to reverse course and support Muhammad and lastly because of his great contributions and achievements to the Islamic world.

Umar was a member of the Umayyah clan of the Meccan Quraish tribe. He was the one who offered himself to kill Muhammad. But on his way with the intention to kill Muhammad, he was suddenly met Sa’ad bin Abi Waqqas and later on told him that his sister and her husband had converted into Islam. When he heard about this, he was very angry and went to admonish them. But, when he looked at the verse from the Quran and read them which are from surah Taha verse 14, his manner and conception changed suddenly.

إنني أنا الله لا إله إلا أنا فاعبدني وأقم الصلوة لذكري۱٤
“Lo! I, even I, am Allah. There is no God save Me. So serve me and establish worship for My remembrance.”

After that, he went to Muhammad and converted on the spot. Abdullah bin Mas’ud said: “When Umar was converted into Islam, it was a great successful for Muslims, make us stronger and appointing him as a second caliph is a blessing for us”

After the death of Muhammad, Umar made sure that the leadership of the community went to Abu Bakr, an effort which helped ensure that the group was not the split according to differing loyalties between those who were from Mecca and those from Medina. Abu Bakr then appointed Umar as his successor when he was on his deathbed. Umar was also the one who determined that the year of the Hijra would be the first year of a new Islamic calendar and he organized the expanding territories conquered by Muslim forces. Indeed, Umar is a brave man and under his leadership Islam expand largely and fastly.During his reign, Muslims forces conquered Syria, Jerusalem, Egypt, Libya, Iraq, and the armies of Persia.

Umar Al-Khattab is one of the most powerful figures in the whole world and not only the Islamic world. He was a leader, a statesman, a pious and who showed respect for all individuals including non-Muslims and he ordered the Muslims to treat non-Muslims with respect. Under the leadership of Umar Al-Khattab Islam spread widely not by the sword but by virtue of its beauty, simplicity, transparency, openness and the guidance provided by him.

Umar Al-Khattab followed the principle of equality very strictly and would not tolerate any kind of distinction. Once, Umar had a difference opinion with Ubayy bin Ka’b. The matter was referred and brought at the court Qazi, Zaid bin Thabit. When Umar ibn Al-Khattab arrived at the court the Qazi, Zaid bin Thabit vacated his seat out of respect for the Khalifah.Umar ibn Al-Khattab, after observing the situation, said that this was the first injustice Zaid had done to the suit. Then he sat down next to Ubayy, his opponent.

Umar always favored individual freedom and self respect. He stated that every human being was born free and no one should have to abase himself in front of others. Once, the son of Amr bin As abused and beat up a Copt Christian; on hearing this Umar ibn Al-Khattab had the son of Amr punished publicly by the hand of the victim Copt Christian. Then Umar addressed both father and son and said, “Since when have you turned men into slaves, whereas they are born free of their mothers?”

Besides, Umar also encouraged and practiced discussions about complex questions regarding the Islamic way of life with the Companions of the Prophet. The famous Companions who referred the question to Umar Al-Khattab are Abdullah bin Mas’ud, Ammar bin Yasar, Abu Musa Ash’ari, Abu Ubaidah bin Jarrah, Mughira bin Shu’bah and others. Umar Al-Khattab gave his judgement after discussing these questions in the assembly of the Companions. The discussions were conducted with the greatest freedom and acumen.

Shah Wali-Ullah writes in Hujjatullah al-Baligha, “It was Umar’s practice to consult the Companions and hold discussions with them, until the veils were lifted and conviction was attained. For this reason Umar’s dicta were accepted throughout the East and the West.”

Umar is also a caring and loving person. He made rounds at night to gauge and evaluate the condition of the people. His achievements are reflection of his life.

SAYINGS OF UMAR IBN AL-KHATTAB

Umar ibn Al-Khattab always had a sound opinion, which made him a very powerful leader who expected higher degree of integrity from the people working with him during his Caliphate. Some of his wise sayings are quoted here:

1) One who keeps his own counsel keeps his affairs in his own hand.
2) Fear him whom you hate
3) The wisest man is he who can account for his actions.
4) Do not put off today’s work till tomorrow.
5) The less of the world, the freer you live.
6) Avoidance of sin is lighter than the pain of remorse

SOME OF UMAR ACHIEVEMENTS

Umar ibn Al-Khattab established many institutions in the Islamic State’s administration. Historians have called his reforms innovations. The achievements of Umar ibn Al-Khattab are numerous. The most important of his some achievements are listed below:

1) Umar ibn Al-Khattab established public treasury: Baitul-Mal.
2) Established courts of justice and appointed judges.
3) Proposed and enforced use of the era of Hijra.
4) Assumed the title of Amirul Mu’mineen.
5) Established Land Revenue Department, ordered survey and assessment of lands and also ordered conducting census. This required maintenance of the land revenue records in Persian, Syriac and Coptic languages.
6) Established military cantonments and had them located at strategic points.
7) Organised Police Department.

In conclusion, Umar ibn Al-Khattab is the one of the leader that can be followed and become a role model for all of us in order to develop our leadership and management skills. In my point of view, the characteristics of Umar Al-Khattab should be apply and practice among us to lead the community in Islamic way of life. His characteristics and achievements approved that leadership is not just about to be a leader but knew how to lead himself and the others in order to gain successful in the world and hereafter. As mentioned in Surah al-Baqarah verse 30:-

وإذ قال ربك للملائكة إني جاعل في الأرض خليفة قالوا أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك قال إني أعلم ما لا تعلمون﴿٣٠
“And when thy Lord said unto the angels: Lo! I am about to place a viceroy in the earth, they said: wilt Thou place therein one who will do harm therein and will shed blood, while we, we hymn Thy praise and sanctify Thee? He said: Surely I know which ye know not.

 References:

1) Surah Taha: 14

2) Fazaile-Amal, The Stories of Companions, Raisul Muhadditsin Allama Mohammad Zakariya R.A, Sheikhul Hadits, Mazahir Ulum, Saharanpur,p: 14.

3) www.radianceweekly.com/ISLAMIC_HISTORY

4) http://atheism.about.com/library/glossary/Islam/bldef_umar.htm

5) Surah al-Baqarah: 30

It was my assignment 3 years ago during my degree.
27/9/2009, Leadership and Management Skills.